PROGRAM TERKINI :-

Jika anda berminat menjadi USAHAWAN HIDROPONIK-AGROPRENEUR , sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Nantikan program 2009 terhebat dari kami...(pihak syarikat sedang update)

Hidroponik

8:36 AM Edit This 0 Comments »
PENGENALAN HIDROPONIK
Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Sayur-sayuran merupakansumber terpenting yang menyumbang karbohidrat dan vitamin kepada manusia.Dalam era bioteknologi, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang aktif dalaminovasi terkini. Faktor alam sekitar merupakan satu fenomena yang berhubung kaitdengan sistem pemakanan manusia. Menyedari tahap kekotoran udara disebabkanoleh perindustrian dan faktor lain, maka kaedah hidroponik telah diperkenalkan semula dengan pelbagai pendekatan yang berbeza dari sebelumnya. Melalui kaedah terbaru ini, kita boleh memastikan sayuran yang dimakan adalah baik dan bersih serta mempunyai kandungan vitamin, karbohidrat, zat galian dan sebagainya mencukupi untuk kesihatan.

Konsep Asas Hidroponik

Konsep asas penghidupan sayur bersistemkan hidroponik adalah sama bagi sistem asas penghidupan tumbuh- tumbuhan yang tidak bersistemkan hidroponik. Perbezaannya adalah sistem hidroponik menggunakan air baja, takung, penutup takung dan media pertumbuhan. Cuba perhatikan penghidupan pokok kiambang di atas air, ia adalah suatu penghidupan secara hidroponik. Konsep yang sama boleh dilakukan terhadap penanaman sayur jika kita tahu akan sukatan pemakanan pokok tersebut.

3T


TANAM----- TINGGAL----- TUAI



0 comments: